ALOR SETAR: Pelajar tingkatan 5 yang hilang sejak petang semalam ditemukan lemas dalam kolam terbiar dekat Mergong, malam tadi.
Jasad Muhammad Hadwan Iman Abdul Hadi, 17, ditemui pasukan bomba dalam keadaan tertiarap di dasar kolam pada jam 10.49 malam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa dikatakan datang ke kolam tersebut bersama lima rakan lain kira-kira jam 6 petang.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong itu difahamkan tidak pandai berenang dan dikatakan menaiki tong polisterin yang dijadikan pelampung ketika rakan-rakan lain mandi-manda di kolam terbabit.
"Mangsa, daripada maklumat kita terima, tidak pandai berenang. Mangsa telah terjatuh daripada pelampung ataupun polisterin yang digunakan," kata Ahmad Shukri.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Menurut Ahmad Shukri, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sementara itu, saksi Muhammad Yazid Mohd Marwan, 15, menceritakan saat dia dan rakan lain cuba membantu menyelamatkan mangsa.
Katanya, ketika itu dia melihat mangsa terkapai-kapai sambil menjerit meminta tolong.
"Ketika dia mandi di sini, tak ada masalah. Apabila dia mandi di sana, air jadi macam 'bocor', air 'masuk ke dalam'.
"Semua (rakan) turun nak tolong," kata Muhammad Yazid.
Namun, lokasi mangsa jatuh terlalu dalam menyebabkan mereka terpaksa berpatah balik ke tebing, katanya lagi.
Difahamkan mangsa merupakan anak tunggal dan tinggal bersama bapanya di sebuah pangsapuri kira-kira 500 meter dari kolam tersebut.
Adie Sufian Zulkefli
Sat May 28 2022
Pelajar tingkatan 5 yang hilang sejak petang semalam ditemukan lemas dalam kolam terbiar dekat Mergong, malam tadi. -Astro AWANI
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kestabilan politik bawa kemajuan di Sarawak - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Pelajar tingkatan 5 ditemukan lemas dalam kolam terbiar
Jasad Muhammad Hadwan ditemui pasukan bomba dalam keadaan tertiarap di dasar kolam pada jam 10.49 malam.